Monday, April 25, 2011

gejala-gejala pelajar apabila tiba peperiksaan

Gejala-gejala pelajar apabila peperiksaan tiba.

1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga.Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

p/s : Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hmm.. anda nombor berapa? Keh keh keh.


p/s: saya copy paste orang Ubat Safuan...MAAF :)





3 comments:

OreO HitaM said...

Saya tak da semua gejala di atas..sebab saya x ambik examm..ehehe

cik eka comel said...

hee..
saya ada lah jgk ;)

OreO HitaM said...

ada tang mana?